Sebab Sekolah Tutup, Atok Ajar Cucu2 Ilmu Tajwid Di Rumah Sepanjang PKP

Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia berikutan penularan wabak Covid-19, semua sekolah di Malaysia diarahkan tutup bagi mengelak sebarang jangkitan secara tidak sengaja.
Jadi, anak-anak semuanya diminta untuk duduk dirumah dan mengulangkaji pelajaran disamping dipantau secara berkala oleh ibu bapa dan para guru.
Namun begitu, PKP ini turut dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga kerana masing-masing duduk berkurung dirumah dan dapat menjalani aktiviti seharian bersama.

Sekolah cuti tapi ada kelas tajwid dirumah

Menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, datuknya telah membuat kelas mengajar cucu-cucunya seperti seorang guru di sekolah.

Atuk fokus ajar cucu2

telatah comel itu dapat dilihat apabila mereka tekun mendengar penerangan datuknya berhubung hukum tajwid dalam bacaan al-Quran.

Masing2 al-Quran ditangan

Pengguna media sosial yang menggunakan nama amr_iskandaar untuk akaun Twitternya itu dilihat turut memuat naik gambar adik-adiknya yang khusyuk mendengar penerangan datuk sambil al-Quran ditangan masing-masing.
Situasi tersebut seharusnya dijadikan contoh kepada keluarga-keluarga yang lain kerana dapat mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang bermanfaat.
Hubungan ahli keluarga juga dapat dieratkan kerana masing-masing berada dirumah. Namun begitu, aspek kesihatan juga haruslah dijaga memandangkan kita sedang dalam tempoh memerangi Covid-19.
Sumber : amr_iskandaar