Membantu Walau Ditindas, Tindakan Muslim China Agih Penutup Muka Bukti Islam Itu Indah

Islam itu adalah agama yang damai, buktinya, meskipun kita sering mendengar mengenai kisah penindasan Muslim di China, namun apabila negara itu ditimpa musibah, Muslim disana turut kedepan untuk membantu.
Seperti kita tahu sekarang, China kini sedang dilanda dengan wabak koronavirus yang semakin merisaukan masyarakat dunia. Justeru, para Muslim di China membuat satu inisiatif mengedar penutup muka sebagai langkah mencegah.

Ditindas tapi masih membantu

Dapat diperhatikan menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Airil Jr, beberapa sukarelawan beragama Islam di China sempat mengedarkan penutup muka kepada komuniti disana dengan tidak mengira latar belakang agama.
Begitu tulus hati mereka, meskipun masyarakat Islam di sana selalu ditindas, namun masih sedia memberi bantuan tidak kira siapa.

Itulah sifat orang berhati mulia

Tindakan masyarakat Muslim mendapat pujian ramai, rata-ratanya kagum dengan sifat dan keperibadian mulia yang dipraktikan kerana sanggup menghulurkan bantuan walaupun sering ditindas.

Ciri2 Islam sejati…

Hebat, sedia membantu walau ditindas

Doakan mereka selamat dari koronavirus

Sumber : Airil Jr