Digelar Orang Gila, Bila Disuruh Mengaji Terus Baca Siap Bertarannum Dengan Merdu Sekali

Penampilan seorang wanita ini nampak tidak terurus, malah ada yang mengatakan dia kurang waras. Namun, apabila didengari bacaan Al-Quran sudah pasti membuatkan ramai yang terkejut.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama, Rahcman Payuyu, memaparkan wanita dalam lingkungan usia awal 50-an diminta oleh orang kampung untuk membaca ayat suci Al-Quran.

Alunan Quran merdu dari seorang wanita tidak waras

Rakaman wanita kurang waras yang membacakan ayat Al-Quran sudah tular di media sosial, mana tidaknya alunan bacaan yang disertakan tarannum disampaikan dengan cukup merdu sekali.

Semoga Allah menjagamu…

Hantaran tersebut mendapat hampir 26 ribu tanda suka dan 42 ribu perkongsian. Rata-rata warganet berasa kagum dan terkesima mendengar alunan ayat suci yang keluar daripada mulut oleh seseorang yang digelar tidak waras itu.

Masya-Allah merdu sekali bacaannya

Semoga diberi kesembuhan buatnya…



Sumber : Rahcman Payuyu