Tak Risau Covid-19, Tabligh Indonesia Anjurkan Ijtima’ Dengan Sasar 1 Juta Peserta

Wabak Covid-19 di sememangnya sedang menjadi ancaman paling menakutkan bagi seluruh dunia ketika ini. Ribuan kematian telah direkodkan dan banyak negara sudah terjejas.
Baru-baru ini, Malaysia telah merekodkan peningkatan mendadak berpunca daripada himpunan tabligh yang diadakan di Masjid Sri Petaling tempoh hari.
Namun, seakan tidak serik dan tidak mengambil ikhtibar daripada hal tersebut, Ijtima Dunia 2020 anjuran Tablighi Jama’at di Indonesia sekali lagi mengadakan himpunan tersebut dengan menyasarkan jutaan peserta pula.

Lagi takutkan Allah S.W.T

Menerusi Sinar Harian, pihak berkuasa sudah meminta mereka membatalkan perhimpunan tersebut, namun ia tetap diteruskan dengan alasan lebih takut kepada Allah S.W.T.

“Kami lebih takutkan ALLAH. Naluri manusia lebih takutkan penyakit dan kematian.” kata salah seorang penganjur, Mustari Bahranuddin



Malaysia pun ada ikut jugak

Dalam satu hantaran yang diperoleh daripada Facebook, seorang peserta tabligh dari Indonesia telah memuat naik gambar ribuan jemaah sedang berkumpul bagi menjayakan perhimpunan tersebar tersebut.
Mereka datang dari pelbagai negara dan juga daerah di seluruh pelosok Indonesia.

Target jutaan orang hadir

Mereka juga menyasarkan sehingga satu hingga 5 juta orang akan turut serta dalam ijtima’ tersebut kerana pada 17 mac sahaja sudah menjangkau hampir 45 ribu orang berkumpul di sana.
Melihat daripada situasi tersebut, tidak terbayang betapa beraninya mereka dalam menjalankan perhimpunan berskala besar ketika dunia sedang bergelut dengan Covid-19.
Semoga pihak Indonesia dapat menangani hal tersebut dan tidak menjadi asbab penularan yang lebih besar Covid-19 di seluruh dunia.