Stress & Penat Tolak Tepi, ‘Frontliner’ Covid-19 Yakin Ini Jihad Mereka

Petang tadi Kementerian kesihatan telah memaklumkan jumlah terkini kes positif Covid-19 yang melanda negara kita. Setakat ini, 900 orang sudah disahkan posotif dan angka tersebut dijangka meningkat hari demi hari.
Umum sedia maklum bahawa petugas-petugas kesihatan terutamanya frontliner yang mengendali pesakit Covid-19 ini berada dalam keadaan yang sangat letih serta tertekan.

Semua sudah penat mental fizikal

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Ahmad Luqman Bukhari  di Facebook, dia telah menulis keadaan sebenar barisan doktor ketika ini yang dirundung emosi yang berkecamuk akibat tekanan kerja.

Bergelut rawat pesakit & lindungi keluarga

Dalam penulisan tersebut juga, menyentuh mengenai keadaan para petugas kesihatan ini yang turut sama bergelut untuk melindungi diri serta keluarga daripada terkena jangkitan ekoran daripada tugasan di hospital.

Jihad mereka demi semua

Namun, dengan kata-kata semangat serta hadis yang pernah dinyatakan sebelum ini, berkemungkinan besar para petugas kesihatan kembali bersemangat menjalankan tugas dan meniatkan segala yang dilakukan adalah jihad di jalan Allah.

Tolonglah semua ikut arahan

Oleh itu, diakhir penulisan yang sangat menginspirasikan tersebut, penulis adalah menitipkan pesanan kepada semua agar patuhilah segala arahan dan elakkan daripada keluar sesuka hati.
Diharap juga kepada individu-individu pengguna media sosial agar tidak menyebarkan khabar tidak sahih yang sedikit sebanyak boleh mendatangkan kegusaran.