Sanggup Berpanas, Isteri Setia Menyorong Sejauh 2KM Hantar Suami Ke Masjid

Setiap orang pasti akan memasang impian untuk memiliki pasangan yang sanggup hidup susah senang bersama. Bahkah, kebanyakan daripada kita menginginkan suami isteri yang setia sehingga ke akhir hanyat masing-masing.
Namun, untuk mengekalkan hubungan dan juga rumah tangga yang telah dibina itu, tidak semua orang mampu untuk menanggung ujian yang telah diberikan oleh-Nya. Malah, ada juga yang sanggup meninggalkan pasangan mereka ketika salah satunya ditimpa kesusahan ataupun penyakit.

“Setia seorang isteri…”

Salah seorang pengguna Facebook, telah berkongsikan kisah sepasang suami isteri warga emas yang dijumpainya di tepi jalan. Pasangan ini dilihat “berjalan” bersama dibawah terik panas, yang semestinya meruntun jiwa jka melihatnya.

Setia menyorong suami ke Pekan

Lebih memilih untuk hidup berdua

Hantar suami ke masjid setiap Jumaat!

Sanggupkah kita bergini?
Pasangan ini bukannya diabaikan oleh anak-anak mereka sendiri. Malah, mereka berdua dikatakan telah dijemput dan dibawa oleh anak-anak mereka untuk tinggal bersama-sama.
Meskipun begitu, pasangan ini akhirnya lebih memutuskan untuk membawa diri dan susah senang berdua sahaja. Kesetiaan si isteri amat dikagumi dan semestinya menjadi inspirasi kepada pasangan-pasangan di luar sana.
Ujian yang datang dalam rumah tangga ini bertujuan untuk menguatkan lagi hubungan antara pasangan. Oleh itu, jangan cepat melatah ataupun mengalah apabila ujian tersebut melanda dalam sesebuah perkahwinan itu.
Sumber: Facebook.