Risau Bawa Wabak, Datuk Lihat Cucu Baru Lahir Sekadar Dari Tingkap Bikin Sebak

Covid-19 bukan sahaja sedang menyerang Malaysia, bahkan hampir satu dunia dalam keadaan berjaga-jaga ekoran kedatangan wabak maut ini.
Susulan daripada itu, banyak negara telah mengeluarkan kenyataan agar penduduknya menjarakkan diri daripada orang lain.

Pandang dari tingkap

Oleh hal yang demikian, satu gambar yang diperoleh daripada Twitter benar-benar menyentuh hati. Seorang datuk sekadar melihat cucunya dari luar tingkap dan kerana risau membawa sebarang jangkitan kepada bayi tersebut kerana ketika itu dia berada di luar.

Terpaksa jarakkan diri

Dapat dilihat dengan jelas wajah muram  lelaki tua itu yang melihat cucunya dipegang oleh anaknya dari dalam rumah walaupun ada segaris senyuman di bibirnya.
Menurut pengguna Twitter itu, cucunya itu tinggal tidak jauh pun dari rumah bapanya namun disebkan penjarakkan sosial yang ditetapkan, dia sedar dia tidak boleh masuk ke rumah untuk memegang cucunya itu.
Walau bagaimanapun, selepas Covid-19 berlalu pergi, pastinya dia akan mendapatkan cucunya yang baru lahir itu.
Situasi tersebut sememangnya mengundang sayu warganet yang rata-rata menyatakan rasa sebak melihat hal itu. Disebabkan Covid-19 yang melanda, pergerakkan setiap individu terpaksa dihadkan demi keselamatan semua termasuklah ahli keluarga sendiri.
Semoga penularan Covid-19 dapat dihentikan kerana ramai yang sudah meninggal dunia akibat wabak maut ini.

Sumber : Emmabethgall