Realiti Pahit Ditelan, Penduduk Syiria Berlindung Di Rumah Tanpa Bumbung

Kemelut yang melanda dikebanyakan negara-negara islam di luar sana, sangat menyentuh jiwa. Kebanyakan mereka terpaksa hidup dalam ketakutan setiap hari, kerana dibedil oleh peluru berpandu dan juga para askar regim zionis.

Walaupun terselamat dan juga bernasib baik, kebanyak penduduk terutamanya di Syiria, tidak mempunyai kemudahan tempat tinggal dan juga keperluan asas diri yang lengkap serta mencukupi. Tak mampu disangkal bahawa, mereka ini memerlukan pertolongan dan juga sumbangan (ihsan) dari negara-negara luar untuk meneruskan hidup.

Rumah terbentang luas!
Menurut perkongsikan oleh Muslim Daily di Twitter, tidak semua pelarian ataupun rakyat Syiria ini mempunyai tempat untuk berlindung dan juga berteduh. Realiti menyanyat hati ini sudah pastinya jarang dipaparkan oleh kebanyakan platform media sosial.

Kebanyakan keluarga dan penduduk di sana hanyalah berumahkan lantai yang luas, ataupun dalam erti kata yang lain tidak mampu mempunyai rumah/bunyi malah bangunan untuk berteduh.

Jika beruntung, pokok yang rendang dan juga lebat rimbunan daunnya mereka jadikan sebagai tempat untuk berlindung.

Beberapa keping gambar yang memaparkan realiti dan juga situasi saban hari dialami oleh penduduk Syiria ini turut disertakan. Sangat menyedihkan apabila anak-anak kecil dan juga warga emas dibiarkan berehat tanpa kemudahan yang selamat dan selesa.

Walaupun begitu, semangat juang mereka untuk meneruskan hidup sangat dikagumi sejak dari dahulu lagi. Pastinya, kemenangan buat penduduk Syiria dan semua umat islam yang dijanjikan oleh-Nya bakal tiba tidak lama lagi.

Sumber: Twitter.