Pertama Kali Dalam Sejarah, Isteri Perdana Menteri Malaysia Manis Berhijab

Selesai sudah majlis angkat sumpah Perdana Menteri Kelapan Negara pada pagi tadi. Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah bergelar PM ke-8 selepas negara melalui kemelut politik yang agak dasyat sejak minggu lau.
Namun begitu, apa yang mencuri perhatian adalah insan yang setia disisi perjuangan beliau iaitu isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Penampilan cantik berhijab

Bukan hendak membandingkan dengan pemimpin-pemimpin terdahulu, isteri PM kali ini dilihat manis berhijab. Oleh itu, secara kebetulan, beliau menjadi isteri perdana menteri pertama di Malaysia yang bertudung.

Punyai identiti berbeza

Tan Sri Muhyiddin dan Puan Sri Noorainee telah berkahwin pada 22 September 1972 dan mempunyai 4 orang anak.
Penampilan beliau yang agak berbeza daripada isteri-isteri perdana menteri yang sudah telah memberi kelainan dan identiti tersendiri buatnya.

Cantik bergambar bersama Raja Permaisuri Agong

Pada majlis mengangkat sumpah di Istana Negara tadi siang, penampilan Puan Sri Noorainee berjaya menarik perhatian apabila bergambar bersebelahan dengan KDYMM Raja Permaisuri Agong yang turut mengenakan hijab.
Terlihat begitu manis dan sesuai dengan imej negara Islam yang ditonjolkan oleh Malaysia.
Semoga dengan kepimpinan baharu ini dapat menyelaraskan kembali perkembangan negara sejajar dengan kepentingan dunia dan juga agama.
Sumber : Twitter