Lali Dengan Isu Semasa, Kanak2 & Rakyat Iran Hidap Coronavirus Tiada Yang Peduli?

Sudah hampir masuk dua bulan, wabak coronvirus masih lagi menular menular dan mencatatkan kematian pada setiap hari. Mangsa-mangsa baru jangkitan wabak ini juga dilihat setiap hari makin bertambah angkanya.
Dunia ketika ini sedang sibuk menumpukan perhatian kepada negara yang paling banyak terjejas dengan wabak ini iaitu negara China. Negara China dikatakan merupakan punca penularan wabak ini dan jelas terbukti rakyat di negara itu paling ramai ‘merana’ sejak penularan coronavirus tanpa henti.

Kanak2 Iran berjuang dengan coronavirus

Di Twitter, seorang lelaki telah berkongsikan satu maklumat yang tidak dihebatkan secara umum di kebanyakkan platform media-media sosial yang ada. Dikenali sebagai Heshmat Alavi, dia telah berkongsi perkembangan yang berlaku dalam kalangan rakyat Iran ketika ini.
Video Player
00:00
00:14
Dia mendakwa bahawa, kanak-kanak di Shira, Selatan Pusat di Iran telah dijangkiti dengan wabak coronavirus ini. Beberapa buah video juga telah dimuat naik sebagai bukti kesahihan maklumat yang disampaikan olehnya.
Lebih menyayat hati, kanak-kanak berkenaan dilihat dirawat dengan kelengkapan yang tidak mencukupi seperti di negara-negara lain.

Topeng muka dieksport ke negara China…

Manakala tambahnya lagi, rakyat di hospital tidak diberikan penutup mulut kecuali pada kaki tangan hospital yang memindahkan pesakit coronavirus. Menurutnya lagi, kerajaan Iran secara rasminya membekalkan keluar penutup mulut kepada negara China untuk mengaut keuntungan.
Jadi secara dasarnya, penutup mulut adalah sangat susah untuk didapati dan dijual dengan harga yang sangat mahal.
Video Player
00:00
00:15
Tetapi, kesahihan perkongsian ini sepertinya dipertikaikan oleh segelintir pihak. Namun, ada yang berkongsikan tentang kejadian ini benar-benar berlaku dengan meletakkan beberapa sumber yang benar.
Sudah tentunya coronavirus ini memberikan kesan yang sangat besar dan juga mendalam terutamanya kepada negara-negara yang sedang bergolak. Sudah pastinya rakyat yang bakal menjadi korban kerana kekurangan sumber dan pelbagai bekalan daripada pelbagai aspek.


Sumber: Twitter.