“Jika Ayah Tak Pulang, Ayah Ada Di Syurga…” – Anak Sebak Melepaskan Bapa Ke Medan Perang

Kesan peperangan telah mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban, lihat apa yang sedang berlaku di Gaza ketika ini. Ramai anak-anak menjadi yatim piatu selepas ibu dan bapa terkorban dalam serangan pihak musuh.
Namun, semangat juang yang pada diri mereka tidak pernah lupus bahkan tidak ada sedikit gentar di jiwa mereka. Tetapi, sudah pasti terbit rasa sayu apabila para pejuang ini terpaksa meninggalkan keluarga untuk menuntut keadilan.

Tak sanggup lepaskan ayah pergi…

Seperti sebuah video yang tular, memaparkan seorang lelaki mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan isterinya sebelum pergi memasuki medan peperangan.
Dapat diperhatikan menerusi video yang dikongsikan, lelaki yang berkerusi roda itu berulang kali dipeluk oleh dua orang anaknya yang sedang menangis tidak sanggup melepaskan ayahnya pergi.
Sebelum pergi si ayah sempat lagi berpesan kepada anak-anaknya agar menjaga ibu mereka. Sungguh besar pengorbanan lelaki ini demi untuk mempertahan bangsa dan agamanya.
Semoga satu hari nanti, diberi kemenangan buat seluruh negara Islam yang kini sedang ditindas dengan kejam oleh kuasa-kuasa musuh yang tidak bertanggungjawab.
Sumber : Jentik Hati