Gigih Cari Rezeki Tampung Diri, Warga Emas Berniaga Disaat Covid-19 Melanda

Sudah tentunya, perkara yang berlaku kepada negara kita memberi kesan terhadap pelbagai pihak. Gelombang kedua wabak Covid-19 memaksa kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Bergerak mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.
Namun, pasar raya sertai juga rantaian makanan dan minuman dibenarkan beroperasi tetapi mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Makanan dan minuman yang dibeli oleh pelanggan hendaklah dibawa pulang ataupun dibungkus sahaja.

“Kesian tengok Pak Mat, duk termenung tengok pelanggan…”

Di Twitter, seorang gadis telah berkongsikan mengenai kisah suami isteri yang masih lagi gigih menjalankan perniagaan kecil-kecilan sewaktu Perintah Kawalan Bergerak ini dilaksanakan. Jelasnya lagi, ketika dia datang ke gerai mereka Pak Mat dilihat termenung menunggu pelanggan untuk membeli jualannya.

“Macam manalah niaga masa kurang orang ni…”

Boleh & dibenarkan untuk berniaga

Disebabkan ramai yang mempertikaikan kenapa Pak Mat masih membuka gerai kecilnya ketika Covid-19 melanda, Perintah Kawalan Bergerak tidak menghalang mana-mana peniaga untuk meneruskan punca pencarian rezeki mereka.

Ramai yang turut bersimpati…

Para pengguna laman Twitter dilihat sangat berasa terkesan dengan nasib yang menimpat Pak Mat dan juga isterinya ini.

Semoga ramai yang menyumbang rezeki padanya…

Gerai Pak Mat terletak di Alor Setar, Kedah

Gerai macam ni boleh buka, asalkan pelanggan bungkus makanan!

Semoga dimurahkan rezeki pakcik & makcik

Sumber: Twitter.