Doktor Malaysia Perkenal Hijab ‘Pakai Buang’ Pertama Di Hospital UK

Dalam bilik rawatan atau pembedahan di hospital, aspek kebersihan menjadi satu keutamaan yang perlu dipatuhi bagi memastikan keadaan sekeliling dan persekitaran bebas daripada sebarang kuman.
Bagi petugas perubatan beragama Islam pula, aspek pemakaian juga diambil kira apatah lagi sekiranya doktor wanita yang mengenakan hijab.
Disebabkan perkara itu, seorang doktor warga Malaysia Farah Shaheera Roslan tampil dengan idea baru apabila menghasilkan hijab pakai buang ‘steril’ yang boleh digunakan ketika bertugas.
Doktor yang bertapak di Hospital Royal Derby, United Kingdom (UK) itu berkata, beliau pernah diminta keluar dari bilik pembedahan kerana menggunakan tudung yang sama sepanjang hari.

“Saya menggunakan tudung sama sepanjang hari yang ternyata tidak bersih dan tidak sesuai.

“Saya tidak selesa untuk membuka hijab dan saya pernah diminta keluar dari bilik pembedahan (dengan sopan) bagi mengelak jangkitan,” katanya.

Perunding pakar bedah dan mentor kepada Farah iaitu Gill Tierney berkata, dia percaya idea hijab tersebut merupakan yang pertama diperkenalkan di UK untuk digunakan oleh petugas perubatan mereka.


Sumber : BBC News