Anak ‘Ghaib’ Hilang Di Gunung, Ibu Solat Dalam Hutan Tak Henti2 Berdoa

Seorang remaja, Ikhsan Al Mughoni dilaporkan hilang setelah terpisah dengan rakan-rakannya di kawasan pergunungan Kabupaten Kerinci, Wilayah Jambi di Pulau Sumatra sejak 1 Januari lalu.
Tanpa meninggalkan sebarang petunjuk, usaha menjejaki dan menyelamat remaja berusia 17 tahun itu terus dilakukan oleh beberapa pihak berkuasa, sukarelawan dan penduduk tempatan bagi memudahkan urusan pencarian.
Namun tidak lengkap dengan kesungguhan keluarga mangsa terutama si ibu apabila turun menyertai misi pencarian dalam hutan tebal dengan tenaga tuanya sudah tidak berdaya.
Lengkap memakai telekung dan berlapikkan sejadah, si ibu terus menunaikan solat dan menadah tangan berdoa supaya anaknya dapat ditemukan dalam keadaan selamat walaupun misi pencarian anaknya sudah dihentikan.
Ketika ditanya mengenai tanda-tanda kehilangan Ikhsan, si bapa mengakui dan mempunyai firasat hati yang mengatakan bahawa anaknya masih hidup.
Berita ini sekaligus mengingatkan kembali kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali Acap pada 23 Mac tahun lalu yang masih belum ditemui sehingga kini.
Sumber : Line Today